Wednesday, February 11, 2015

CUTI 5 BULAN

Post sebelum ni aku ada cerita pasal kehidupan kat ASASI walaupun tak berapa spesifik. so, sekarang aku nak cerita pasal apa yang aku buat selepas habis ASASI sementara nak menunggu kemasukan DEGREE bulan SEPTEMBER 2014. so yeah aku cuti selama 5 BULAN. Sejujurnya memang aku tak buat apa sangat masa cuti ni. Kalau diikutkan, sepupu aku ajak kerja kat JPO tapi aku kena repeat MUET so nanti susah lak aku nak kena pegi balik dari JB. Jadi, sepanjang 5BULAN ni aku duduk rumah sahaja. Kadang kadang ikut mak cik aku pegi kebun. Selain tu aku dapat PUASA dan RAYA selama sebulan kat rumah. Pasal RAYA aku akan buat post lain. Habis cuti, 1 SEPTEMBER 2014 aku daftar masuk ke UiTM SHAH ALAM untuk DEGREE.

SEKIAN ASSALAMUALAIKUM

Monday, February 9, 2015

A S A S I

Selepas SPM, dapat tawaran masuk ke Kolej Matrikulasi di Pahang dan Asasi di UiTM Puncak Alam. Kalau diikutkan, kawan kawan aku memang ramai kat KMPh. Tapi aku teringin nak masuk ke Asasi. 2 Jun 2013 tarikh aku mendaftar masuk ke UiTM Puncak Alam. jadi, aku nak cerita sikit apa yang ada masa asasi ni.

MINGGU DESTINI SISWA
Bermula dengan orientasi atau juga dikenali sebagai minggu destini siswa (MDS) selama seminggu. Satu minggu yang agak tersiksa. Tapi, itu benda biasa untuk orientasi rasanya. Masa MDS ni aku duduk dengan kawan dari sekolah sahaja, sebabnya bukan senang kita nak dapat kawan baru. Lagipun aku lebih selesa dengan dieorang. Budak batch aku yang ada kat UiTM Puncak Alam ni ada la dalam 14 orang rasanya. Habis MDS baru dapat rasa duduk dalam suasana UNIVERSITI. :D

SEMESTER SATU
Masuk kelas first day dah rasa lain macam. Takde kawan tu dah satu hal, ramai gila perempuan satu kelas tu. Bukan kelas sahaja, malahan pergi mana mana penuh dengan perempuan. Seram sejuk aku dibuatnya. Masuk 1st lecture dah start belajar. Rasa macam tak ready lagi nak belajar lepas cuti lama. 1 minggu aku tak banyak cakap sangat dengan classmate. Pergi kelas pun aku gerak sorang sorang kecuali ada kelas serentak dengan ILMAN ataupun F&N. Lagi satu, roommate aku kat sini F&N jugak (dormmate masa kat sekolah). Selepas 1 minggu ada LAB ikut group baru hari tu la aku nak tegur tanya orang nama semua. Takde pape sangat yang berlaku masa kat sini, cuma masuk kelas belajar macam biasa la. Kalau nak cerita pasal classmate pun susah sebab ramai sangat. Kelas aku ada 34 orang tak silap dan cuma 8 orang sahaja lelaki. Tersangat berbeza keadaan dia masa kat sekolah dulu yang kesemuanya lelaki. HAHA. Perbezaan dengan suasana belajar kat sekolah, kat sini takde orang akan paksa kau belajar kecuali kawan kau yang sangat ambil berat pasal kau. Lecturer kat sini boleh kata semua sporting sebab boleh kata ramai lecturer yang masih muda. Peperiksaan akhir semester 1 boleh kata JUST NICE la. Selepas exam, cuti selama sebulan lebih. 

SEMESTER DUA
Semasa semester 2 ni takde banyak perbezaan pun dengan semester 1 sebab classnate dan roommate masih yang sama kecuali lecturer yang berbeza. Dalam semester ni la baru aku banyak cakap sikit dengan classmate yang bukan dari group lab aku. dan baru la aku tau ada yang anggap aku ni BUDAK NERD dan TAK SUKA BERGAUL masa mula mula asasi dulu. Sebab tu orang kat "DON'T JUDGE BOOK BY ITS COVER". HAHA. Masa semester 2 ni, boleh kata semua subjek dah semakin susah terutama FIZIK. Dalam FINAL EXAM pun aku tak berapa boleh jawab FIZIK sebenarnya. ERRR. --' Tapi, nak tak nak benda dah berlalu dan aku habis asasi pada awal bulan APRIL 2014. Selepas tu cuti selama 5 BULAN! Result aku untuk semester 2 drop sangat jauh daripada semester 1. Itu rezeki daripada ALLAH. ALHAMDULILLAH.

SEKIAN ASSALAMUALAIKUM

*Maaf ini semua cerita lama
*Gambar aku update lepas ni