Wednesday, April 24, 2013

J O H O R B A H R U

18 APRIL 2013
Aku bertolak ke JOHOR BAHRU menaiki bas seorang diri. Di sana FAREEZ FAUZI akan datang menjemput aku di STESEN BAS LARKIN. Perjalanan selama 2 jam itu selamat sampai pada jam 7.45 malam. Aku tidak pernah pergi ke sana menaiki bas jadi agak tidak tahu untuk ke mana setelah tiba di sana. Aku rasa hampir 1 jam lebih aku menunggu FAREEZ AND THE GANG datang menjemput aku. tapi tidak mengapa asalkan mereka datang ambil aku. Masuk sahaja ke dalam kereta aku telah dapat merasakan suasana seperti berada di sekolah dahulu. Sebab cara mereka bercakap dan perangai mereka masih tidak berubah lagi. Aku tersenyum seorang diri melihat gelagat mereka. Aku tidak tahu ke manakah mereka mahu pergi pada ketika itu. Mereka tidak habis-habis ketawa seperti tersilap jalan. Macam-macam tempat kami pergi. Akhirnya baru aku tahu mereka ingin pergi GIANT PELANGI. Sebenarnya aku pun tak tahu tempat tu. Mereka perlu menghubungi HAZWAN DOHADI untuk bertanyakan jalan ke tempat itu. Aku ingat mereka ingin membeli barang di GIANT rupa-rupanya ingin bermain BOLING di sana. Sampai sahaja di sana ade TOURNAMENT dan terpaksa menunggu hingga jam 11 malam untuk bermain. Mereka ajak untuk makan di kedai mamak tidak jauh dari situ.





Ada seorang lagi sebenarnya iaitu AFKAR ADIF tetapi gambar dia ada problem sikit. Tapi yang penting masa makan ni mereka menunjukkan gelagat seperti di SEKOLAH. Selesai makan kami pun bergerak ke AMPANG SUPER BOWL tadi. Aku tak pandai pun nak bermain boling ni. Tapi, main saja la. Bukan ada orang tengok atau kisah pun. Kami main sebanyak 2 game.





Selesai main boling kami pun bertolak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang mereka tanya mahu tidur di mana. Agak tidak faham pada mulanya. Rupa-rupanya AFKAR dan AMAI ingin tidur di rumah lama EN FAUZI. Akhirnya, kami semua tidur di rumah FAREEZ pada malam itu.

19 APRIL 2013
Selepas SOLAT JUMAAT kami balik ke rumah semula. Selepas itu kami keluar untuk pergi makan tengah hari. Selepas makan kami pulang ke rumah untuk bersiap sedia ke STADIUM LARKIN. Inilah tujuan utama aku datang ke JOHOR BAHRU ni.













Ini antara gambar-gambar masa pergi menonton perlawanan tu. Keputusannya ialah JOHOR DT 1-0 PAHANG
Perform tak team JOHOR DT? :D 
Tak membazir la aku pergi menonton perlawanan tu. Walaupun tak dapat duduk. Stadium terlampau sesak dan bising. Yang penting aku respect gila BOYS OF STRAITS iaitu pasukan ULTRAS JOHOR. Mereka tak berhenti-henti menyanyi dan memberi sokongan kepada para pemain. Aku rasa yang mengetuai mereka tu tak tengok langsung perlawanan tu. Kami keluar dari stadium masa minit ke 85 perlawanan. Sebab takut sesak masa nak keluar nanti. Malam tu FAREEZ kedai nasi lemak ayam berhampiran dengan rumah dia. Dia dah bagi tahu awal-awal kedai tu banyak nyamuk. HAHA :D




Mantapkan nasi dia? :) Selepas makan ni kami pun balik la ke rumah untuk tukar baju. Selepas itu, mereka ajak pergi ke WARUNG MAMAK untuk NGETEH. Kali pertama aku keluar pergi NGETEH pagi-pagi buta macam tu. Seronok juga.

20 APRIL 2013
Pukul 8 pagi lagi saudara FIRDAUS BAKRI dah telefon suruh ambil dia STESEN BAS LARKIN. Masa tu semua orang tengah mamai lagi sebab tidur lambat malam tu. Nasib kau la BESUT sampai pagi-pagi. Aku rasa 3 jam jugak la BESUT tunggu kami kat situ. Kesian dia. Selepas ambil BESUT, kami pergi ke JUSCO TEBRAU yang sangat besar. Kami pergi untuk LUNCH sahaja bukan nak shopping. Kami makan di JOHNNY's. Aku pun tak pernah makan kat situ. Boleh tahan jugak la makanan dia.









Selepas selesai makan, sekali lagi mereka ajak pergi main boling lagi. Kali ni kami main kat tempat lain. Nama tempat tu ialah DAIMAN BOWL dekat mana aku tak tahu. Sebenarnya tangan aku sakit lagi sebab main boling sebelum tu. Tapi, takpe la bukan selalu pun.




Lepas main boling kami pergi kedai mamak berhampiran rumah FAREEZ. AMAI yang memandu dan sangat menakutkan. HAHA :D  Sampai sahaja di kedai mamak kereta FAREEZ ni buat hal pulak. Alarm kereta dia berbunyi tak berhenti-henti. Nasib baik ada mamat INDIA tolong kami.
Pada waktu malam pula sekali lagi kami pergi makan kat tempat nasi lemak ayam tu. Selepas itu, mereka nak main snooker kat mana entah. Aku ikut je. Aku bukan reti pun nak main snooker ni. Lepas main snooker kami pergi menonton perlawanan REAL MADRID  dekat skrin besar RESTORAN OSMAN iaitu KEDAI MAMAK juga sebab AMAI ni penyokong setia. Habis je perlawanan kami pun pulang ke rumah. 


21 APRIL 2013
Hari tu awal juga sebab aku dah nak balik pada hari tersebut. Kali pertama aku bersarapan selama berada di JB. EN FAUZI ada belikan kami roti canai untuk bersarapan. Pada 11 pagi kami bertolak untuk hantar aku ke STESEN BAS LARKIN. Sampai di sana niat aku untuk membeli jersi JDT dulu. Lepas beli tiket bas aku terus naik ke tingkat atas untuk membeli jersi. Tiket bas aku tepat jam 12 tengah hari. Tapi, bas aku sampai lambat sikit. Masa aku naik bas AMAI takde sebab dia pergi melabur. Tapi, aku terus sahaja menaiki bas. 





Sesungguhnya ni adalah pengalaman yang terbaik sepanjang cuti masa selepas SPM ni. Terima kasih kepada FAREEZ FAUZI , AKMAL ASYRAF , AFKAR ADIF dan FIRDAUS BAKRI sebab bawa aku jalan-jalan di sana. Terima kasih kepada ADI MUIZZUDDIN yang tolong belikan tiket perlawanan JDT tu.

THANKYOUVERYMUCHMYFRIENDS :)

ASSALAMUALAIKUM :D