Wednesday, May 15, 2013

SELAMAT HARI LAHIR

Semalam adalah HARI LAHIR ibuku yang ke 50. Jadi, pada mulanya aku rancang untuk membelikan sebiji kek untuk beliau. Tetapi, aku tercakap pada abang aku. Sebenarnya semalam juga aku pergi ke SEKOLAH MEMANDU untuk UJIAN JPJ lesen kereta. Balik daripada ujian itu aku pergi bermain BOLING dan pergi berKARAOKE dengan kawan aku. Ketika main boling ayah telefon. "Kek tak payah beli. Biar ayah yang belikan." kata ayah. Ini mesti abang aku yang bagi tahu. Tapi, bagus juga sebenarnya sebab jimat duit aku kan? :3 Malam tu buat la majlis sikit. Bersama keluarga sendiri je. Mak aku cakap kali pertama tiup lilin masa HARI LAHIRnya. Tapi aku rasa sebelum ni pernah cuma dah lama sahaja. Biarkan la. Asalkan mak aku gembira pada hari semalam. 






Ini antara gambar yang sempat di ambil semalam. Harap ibu akan panjang umur dan murah rezeki.

SELAMAT HARI LAHIR KE 50 :D

ASSALAMUALAIKUM :)

Friday, May 3, 2013

HARI USAHAWAN MUDA 2013

27 APRIL 2013 (SABTU)

Pada hari Sabtu yang lepas SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH telah menganjurkan HARI KARNIVAL ataupun HARI USAHAWAN MUDA yang memang dianjurkan pada setiap tahun. Jadi, sebagai bekas pelajar sekolah itu, aku teringin untuk pergi melihat program tu sebagai orang luar. Sebab, selama ni aku sebagai seorang pelajar. Selain daripada itu HARI KARNIVAL ini diadakan sekali dengan OLD BOYS WEEKEND. Sebab tu la aku nak pergi. Dapat jumpa kawan-kawan aku dulu. Hanya sekali sahaja HARI KARNIVAL ini tidak dianjurkan iaitu pada tahun 2011. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin masa itu pengetua tidak tahu lagi program apa yang selalu diadakan di sekolah. Apa yang nak diceritakan sebenarnya apa yang ada semasa hari karnival tu. Kalau diikutkan tahun lepas lagi meriah daripada tahun ini. Sebab tahun lepas lagi banyak gerai dan permainan daripada tahun ini. Tahun ini baru pukul 2 petang kebanyakan gerai sudah habis menjual jualan mereka. Pada tahun lepas, sampai pukul 5 masih ada yang berniaga. Bila dikenangkan semula teringat ketika berada di TINGKATAN 5 yang dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program ini. Sesungguhnya berniaga itu sangat memenatkan. Nasib baik ada JUNIOR-JUNIOR dan kawan-kawan yang membantu. Apa yang aku jual tahun lepas? Sudah menjadi tradisi KELAB PENGGUNA untuk menjual MARTABAK MAGGI! :D Ini adalah resepi turun temurun kelab ini. Sejak aku berada di tingkata 1 lagi. Tapi malangnya pada ketika itu ada kelab lain yang turut menjual menu yang sama. Nasib baik la aku punya bahan2 jualan semua habis dijual. Banyak jugak la untung gerai kelab aku ni. ALHAMDULILLAH :) Sudah pasal tahun lepas. Tahun ini aku pergi ke sana tumpang HASIF ROZALI. Aku tumpang tidur di rumah dia sebelum ke HARI KARNIVAL tu. Petang Jumaat tu aku naik la bas ke SHAH ALAM untuk ke rumah dia. Pukul 8 pagi la lebih kurang kami dah bertolak menuju ke sekolah. Sampai sana HARI USAHAWAN MUDA masih belum dirasmikan lagi. Dapat la jumpa budak-budak ni. Sampai petang aku lepak dekat sekolah tu. Tersangat la panas hari tu. Kami terpaksa pergi ke PERPUSTAKAN sebab kat sana ada AIR COND. Selepas solat zuhur kami pergi ke ALAMANDA sebab dah tak ada apa-apa kat gerai-gerai. Lagipun kami semua belum makan tengah hari lagi. Gerai-gerai kat sekolah kebanyakan sudah habis jualan. Di ALAMANDA aku makan di SUBWAY yang dah lama aku tak makan. Selepas itu kami pergi main boling di ARL POWER BOWL. Habis main boling barulah kami semua pulang ke rumah. Satu hari yang sangat memenatkan dan menyeronokkan. Dua minggu berturut-turut aku pergi berjalan-jalan. Minggu lepas aku pergi ke JOHOR BAHRU dan minggu ini ke PUTRAJAYA pula. Kalau ada peluang lagi aku teringin nak pergi lagi. Sebab nak jumpa kawan-kawan sahaja. Dan cikgu-cikgu :)









Maaf kepada BAHIUDDIN dan HAZIM sebab pakai gambar anda berdua. :)

ASSALAMUALAIKUM :D