Semalam adalah HARI LAHIR ibuku yang ke 50. Jadi, pada mulanya aku rancang untuk membelikan sebiji kek untuk beliau. Tetapi, aku tercakap pada abang aku. Sebenarnya semalam juga aku pergi ke SEKOLAH MEMANDU untuk UJIAN JPJ lesen kereta. Balik daripada ujian itu aku pergi bermain BOLING dan pergi berKARAOKE dengan kawan aku. Ketika main boling ayah telefon. "Kek tak payah beli. Biar ayah yang belikan." kata ayah. Ini mesti abang aku yang bagi tahu. Tapi, bagus juga sebenarnya sebab jimat duit aku kan? :3 Malam tu buat la majlis sikit. Bersama keluarga sendiri je. Mak aku cakap kali pertama tiup lilin masa HARI LAHIRnya. Tapi aku rasa sebelum ni pernah cuma dah lama sahaja. Biarkan la. Asalkan mak aku gembira pada hari semalam.
Ini antara gambar yang sempat di ambil semalam. Harap ibu akan panjang umur dan murah rezeki.
SELAMAT HARI LAHIR KE 50 :D
ASSALAMUALAIKUM :)





No comments:
Post a Comment