Tuesday, April 2, 2013

JUMAAT 29 MAC 2013

Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi diri aku ini. Apa yang berlaku? Mungkin perkara ini perkara yang remeh bagi siapa yang tidak mengalaminya. Tapi, bagi yang mengalaminya mungkin faham.

Ketika sedang tidur di hadapan TV, aku tersedar yang adik aku membuka TV. Tapi,aku masih malas untuk bangun dari tidur. Aku terdengar IBUku bercakap sesuatu kepada adikku.
Tiba-tiba aku terdengar ibu mengatakan sesuatu tentang SPM. Aku masih berdiam diri berlakon seperti sedang tidur. Aku dengar IBU aku mengatakan bahawa aku tidak mendapat STRAIGHT A dan menyesal. Ibu cakap aku belajar main-main. Dia tak tahu macam mana aku belajar di sekolah dulu. Tidur lewat malam. Dan pelbagai lagi. Aku sudah berusaha bersungguh-sungguh dah. Mungkin ini saja yang mampu aku capai.
Sirius masa tu rasa yang diri aku ni bodoh dan macam-macam lagi. Mungkin dia tidak boleh terima keputusan itu sebab akak aku dulu mampu untuk dapat STRAIGHT A. Aku terus mengalirkan air mata. Tak tahu kenapa tapi aku rasa terlampau sedih. Mula-mula cuba untuk tahan tapi tidak boleh. Aku terus bangun dan pergi mandi. Satu hari aku seperti tiada tujuan. Satu hari tu aku jarang bercakap dengan ibuku.

Itulah kisah yang berlaku pada hari JUMAAT itu.mungkin ada yang fikir ini perkara BIASAkan? Cubalah anda rasai sendiri. Perasaannya begitu menyedihkan sampai tak dapat untuk digambarkan. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan itu.

ASALAMUALAIKUM :(

No comments:

Post a Comment