21 Mac 2013 , Khamis
Inilah hari paling keramat berlaku dalam hidup aku. Hari yang sangat menakutkan dan sangat menyedihkan. Ape yang berlaku? Hari inilah hari aku dan rakan-rakan JERKS 0812 mendapat keputusan SPM 2012. Ketika di PLKN aku telah 2 kali berMIMPI tentang keputusan aku. Kedua-dua mimpi itu telah menunjukkan bahawa keputusan aku tidak seperti yang aku IMPIKAN. Pada mimpi yang kedua, aku rasa begitu sedih dan 1 hari di kem aku rasa macam hendak marah. Sampaikan persembahan untuk malam penutup pun aku tidak sertai. okay,mulakan cerita.
Pada pagi Khamis itu, aku bangun dengan hati yang tidak tenang. Aku bersiap dan terus bertolak menuju ke SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH. Dalam perjalanan aku mendengar hanya 1 sahaja lagu dan ku ulang ulang dan ulang sehinggalah sampai. Lagu itu bertajuk CINTA TERLARANG. Ketika berhenti untuk bersarapan di R&R MELAKA. Aku rasa tidak lalu untuk bersarapan. Hati asyik teringatkan apa yang bakal aku peroleh.
Setibanya aku di sekolah, Ayah aku ingin pergi ke surau sebentar. Aku melihat dari jauh kawasan dewan. Seperti tiada siapa di kawasan dewan. Tidak lama kemudian datang seorang rakanku yang berasal dari JOHOR BAHRU iaitu BUDUE. Datang lagi seorang rakan aku iaitu ZAHID RAZAK iaitu rakan sekelasku. Dia kata di dewan tiada sesiapapun. Aku pun menyuruh Ibu Bapa ku untuk ke dewan dahulu. Aku berjalan bersama ZAHID menuju ke dewan. Setibanya di dewan aku pun berjumpa dengan rakan-rakan aku yang sangat aku rindui. Perangai mereka masih lagi tidak berubah seperti dahulu. Ada yang datang memandu sendiri. Ada yang menunggang motosikal. Pelbagai perangai yang ada. Riuh rendah kawasan hadapan dewan sekolah dengan riuhan kami.
sebelum keputusan diumumkan.
Cikgu mengarahkan kami untuk masuk ke dalam dewan kerana keputusan akan diumumkan tidak lama lagi. Aku pun duduk disebelah AFIQ BAZLI ketika itu. Dimulakan dengan analisis keputusan peperiksaan. Hanya 70 ORANG sahaja yang berjaya mendapat STRAIGHT A dan 2 ORANG mendapat STRAIGHT A+. Sebelum masuk ke dalam dewan, NAZRI dan ULUN sudah mengetahui keputusan mereka terlebih dahulu. Kedua-duanya berjaya dan ULUN mendapat 10A+. Ketika diumumkan pelajar yang mendapat STRAIGHT A mengikut kelas dengan dimulakan dengan kelas BESTARI. Jantung aku berdegup semakin laju. Aku berasa tidak tenteram ketika itu. AFIQ BAZLI yang duduk di sebelah aku turut diumumkan mendapat STRAIGHT A. Aku memandang rakan karibku iaitu ZARIFF yang sudah tahu bahawa tidak memperoleh STRAIGHT A. Dia hanya tunduk ke lantai sahaja. Ketika diumumkan untuk kelas aku, aku berasa harapan aku memang tidak akan tercapai. Apabila cikgu menyebut "yang terakhir untuk kelas 5 maju" aku sudah tahu itu mesti untuk DANNY. Perasaan sedih sudah mula timbul pada ketika itu hanya ku tahan sahaja. Habis sahaja pengumuman itu aku terus berjumpa dengan rakan karib aku itu. Dia cuma mampu tersenyum sahaja. Seterusnya aku berjumpa ARIF AFZAL iaitu "DESKMATE" aku dalam kelas. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dan diumum untuk naik ke pentas. Aku terus menuju ke meja di belakang dewan.Aku ternampak "DORMMATE" aku iaitu CAPEQ , dia juga mendapat STRAIGHT A. Aku terus salam dan memeluk dia. Tiba-tiba air mataku jatuh. Aku sudah tak dapat menahan kesedihan itu lagi. CAPEQ cuba untuk menenangkan aku.
Aku pergi untuk mengambil slip keputusan peperiksaan tersebut. Dan ini yang aku peroleh.
Aku berasa agak terkilan melihat keputusan ini. Tapi, bila difikirkan semula keputusan ini adalah yang terbaik sepanjang aku belajar di TINGKATAN 4 dan 5. Alhamdulillah. Mungkin ade hikmah di sebalik keputusan ini.
Tahniah kepada rakan-rakan yang dapat STRAIGHT A. Semuga tak melupakan yang lain.
TAHNIAH GM(9A)!
TAHNIAH NAZRI(9A)!
TAHNIAH AZIZI(8A1B) DAN ZARIFF(8A1B)
TAHNIAH AMMAR(9A) DAN ZAHID(7A2B)!
TAHNIAH F&N(7A2B)!
TAHNIAH AFIQ BAZLI(9A)!
TAHNIAH MAAW(6A3B) AFDLIN(8A1B) DAN ARIF AFZAL(9A)!
TAHNIAH ZAID(9A) DAN CEMAL(9A)!
Ini sahaja gambar yang aku sempat snap. Aku harap keputusan ini tidak menjejaskan impian aku. Jadi, ke manakah arah tuju aku seterusnya? Aku pun masih belum terfikir lagi. Harap Allah akan tentukan yang terbaik untuk aku INSYAALLAH!
ASALAMUALAIKUM :)


Tahniah , tahniah dan tahniah untuk semua. Apa yang kita dapat ialah rezeki kita. Memang mungkin tak sama dengan mereka, mereka di pentas, kita mendongak ke atas, mereka di akhbar, kita di gambar, yang penting kita terus dengan pilihan masing-masing dan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat anda. :)
Deleteharap2 kita bersama berjaya.