MARA
Majlis Amanah Rakyat
Pada 2-3 hari yang lepas, keputusan untuk permohonan temuduga biasiswa MARA telah pun dikeluarkan. Maka, kecohlah pada hari tu dengan perkara-perkara yang berkenaan dengan MARA ini. Tak kira di FACEBOOK mahupun TWITTER. Ramai bercerita tentang biasiswa ini. Agak rasa sedih kerana ramai kawan-kawan yang layak untuk ke temuduga ini. Aku? "harapan menjadi layu" .
Kenapa aku tak dapat? Sebab aku tak apply pun. Bukan tak nak apply tapi memang tak layak. Aku tak layak sebab aku dapat B untuk subjek BIOLOGI untuk SPM 2012. Syarat untuk memohon biasiswa MARA ni mesti paling kurang pun dapat B+.
Agak terasa apabila ade beberapa orang kawan yang bertanya "Kau dapat tak MARA?". apabila soalan itu ditanya terasa sedikit sedih. Mungkin sesetengah orang fikir aku tak patut sedih tetapi,cakap sahaja tidak patut. Anda tak merasainya. Ramai juga orang yang memberi semangat kepada aku supaya tidak bersedih kerana rezeki Allah berada di mana-mana. Mungkin bukan rezekiku pada kali ini. TERIMA KASIH kepada kawan-kawan yang telah memberi nasihat kepadaku. Kepada kawan-kawan yang terpilih untuk ke temuduga nanti pada 16, 17 dan 18 APRIL ini aku ucapkan SEMOGA BERJAYA untuk mendapatkan biasiswa tersebut dan janganlah lupakan kawan-kawan yang tidak terpilih ini.
ASSALAMUALAIKUM :)
Ya, mungkin terkilan dan seperti yang ramai kata, rezeki di mana-mana. Tiada nasihat lain yang boleh diberikan melainkan perkara sama yang diulang2 cakapnya. Jangan bersedih dan jangan kecewa. Harapan kau mungkin hanya layu. Tapi ingat, harapan kau belum pernah mati. Jadi, masih punya masa untuk kau baja dan siram harapan kau dengan kekuatan dan kesungguhan, percayalah, harapan kau akan subur. KELAK. Amin.
ReplyDeleteAmin...
Deleteterima kasih kawanku yang selalu bg aku semangat dan nasihat :)
zamir , i think you should try to apply for it before this . janganlah disebabkan bio kau b dan bukan b+ kau terus rasa down , rasa kau tak layak . sebab aku tgk ada je kawan-2 aku yang dapat b not b+ okay and they got mara too . maaflah niat aku bukan nak buat kau rasa menyesal tapi dalam hidup ni kita kena berani mencuba . be confident with yourself next time . sorry for babbling . haha . jgn sedih-2 lah weh . insyaAllah sesuatu yang baik pasti sedang menunggu kau :)
ReplyDeletethanks jihah :)
Deletebukan aku tak berani or pe.aku baca syarat untuk apply mesti paling kurang B+.jd,aku malas la nak apply.haish.terkilan la jugak.tp,mgkin bukan rezeki aku la.haha.sedih tu tak leh nak elak la kan?aku cuba jd berani lpas ni ye.haha.
thanks sudi baca n bagi nasihat.gd luck for the test.harap kau dapat scholar tu k. :D