PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Siapa yang tahu pasal benda ni? Mesti semua orang tahukan? Tipu kalau tak tahu pasal benda ni. Hendak dijadikan cerita aku dapat menyertai program ni. Aku telah pun pergi pada 3 Jan 2013 - 16 Mac 2013 yang lalu. Ini untuk Kump 1 Siri 10/2013. Aku ditempatkan di KEM PLKN HIJRAH PENOR yang terletak boleh kata pendalaman juga.
Pelbagai pengalaman yang aku dapat ketika berada di KEM itu. Bermula dengan aktiviti di dalam kelas. Masuk sahaja kelas aku rasa bosan dan tidak berapa selesa kerana ada PEREMPUAN di sekeliling aku. Almaklum sebelum ni aku bersekolah di sekolah yang semuanya lelaki sahaja. 5 tahun aku di sekolah itu. Jadi, perasaan itu mestilah wujud. Masa modul yang pertama aku tak banyak bercakap langsung dalam kumpulan aku. Perasaan itu mula berkurangan apabila bermulanya modul yang ke-2. Aku juga cuba memberanikan diri untuk bercakap di hadapan. Kerana selama di sekolah dahulu aku jarang untuk bercakap di hadapan.
Seterusnya pengalaman bersama KOMPENI DELTA yang merupakan kompeniku. Ahli-ahli kompeni ini untuk wira boleh dikatakan GILA-GILA sikit. Setiap kali berbaris di padang kawad kami tidak akan duduk diam. Sebab itulah kami selalu diDENDA oleh cikgu-cikgu di kem. Walaubagaimanapun, kami semua mempunyai semangat sepasukan yang agak tinggi. Boleh lihat masa gotong royong di PANTAI SEPAT, KKJ, KEMBARA HALANGAN dan bermacam aktiviti lagi. Aku juga ada MENTOR-MENTEE yang sangat sporting. Happy la jugak dengan mereka semua.
Pengalaman paling best kat PLKN ialah apabila kena DENDA dengan komandan kem. Memang ada yang tak suka benda tu. Tapi pada aku itu perkara biasa. Pendapat aku la. Selain itu dapat pergi MENEMBAK. Kalau tak pergi PLKN aku tak akan dapat untuk merasa memegang M-16. Best la jugak dapat menembak. Paling tidak boleh dilupakan ialah kena denda dengan ustaz sebab datang surau lambat. Kelakar pun ada jugak. Selain tu, masa cikgu Mad Nor mengamuk. Kelakar gila. Banyak la pengalaman yang berlaku di kem itu. Okay, aku dah malas nak bercerita lagi. Tengok saja gambar-gambar ni ok :)
Ketua sedang melapor tapi kami sempat bergambar.
Menjadi ketua sebentar.
Budak baik :)
Panjang :)
Akibat di denda :D
Wira DELTA :)
Wirawati DELTA :)
KAMI DELTA~ KAMI DELTA~
WiraJaya :)
SBP-IANS
Boleh dikatakan aku rindu juga PLKN ni. Tapi, rindu terhadap sekolah lagi tinggi la. Segala kenangan di situ tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Gembira dapat kenal dengan mereka semua. Terutama WIRA DAN WIRAWATI DELTA! :) Banyak pengalaman yang kami lalui bersama. Pahit dan manis.
Semoga anda semua berjaya dalam hidup masing-masing dan tidak lupakan aku. Pasal budak yang aku pernah post sebelum ni nak tahu juga ke? Rasanya tak payahlah. Biarlah rahsia... :)
Aku dah tak tahu nak cerita apa lagi. Kepala tengah serabut sangat ni. Banyak sangat benda nak di ceritakan. Lepas ni kalau ada apa-apa yang best aku akan update semula ye.
ASALAMUALAIKUM :D
sweater merah kat atas tu sama ngan arif afzal punyer dowh..haha
ReplyDeleteHaha.tau xpe.aku tgk sweater tu teringat arif.haha.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete